MASA | 2.30 PTG – 4.30 PTG |
TARIKH | 19 MAC 2025 |
TEMPAT | NADI PEKAN ROBAN |
Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 2 oleh NADI Nurture DiLea merupakan inisiatif pembelajaran secara dalam talian yang direka khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah berlangsung dengan jayanya!
Apa tujuan program ini diadakan?
Memberi pendedahan kepada teknik pembelajaran Bahasa Inggeris yang mudah, santai dan praktikal
Membina keyakinan peserta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara berkesan
Menyediakan platform sokongan yang positif dan interaktif bagi meningkatkan kemahiran bahasa.
Program ini juga memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris secara menyeluruh merangkumi aspek tatabahasa, kosa kata, penulisan, dan juga komunikasi lisan.