mcmc
Laporan Aktiviti

Sejiwa Senada Saratok 2016

Sekitar program Sejiwa Senada 2016 yang telah berlangsung di Saratok pada 26-28 Februari 2016. Program berbentuk jelajah seluruh Sarawak ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan, memperkukuhkan jalinan kerjasama kerajaan dengan rakyat serta menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) cawangan Sibu dengan kerjasama PI1M Pekan Roban, PI1M Fort Renee, PI1M Kabong, PI1M Kampung Baru Hulu Betong, PI1M Kampung Selalang serta PJL Saratok telah menjayakan pembukaan booth pameran pada program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah permainan Wheel of Knowledge, Klik Hunter, Rubic Cube Challenge, pengenalan kepada perkhidmatan Mobile E-waste dan Check Your Label, serta penyediaan Selfie Corner dan kaunter info untuk mengemukakan sebarang aduan kepada pihak SKMM. Program ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi negara dan negeri termasuk Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Razak serta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.