mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban

signboard pim border

Cadangan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban telah bermula sekitar tahun 2013 untuk fasa keempat projek berkenaan di bawah kendalian TM. Terletak di Lot 213 Block 11, Seblak Land District, Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban telah dibina pada salah satu unit bangunan kedai baru di Pekan Roban yang telah diubahsuai daripada unit kediaman.

Temuduga untuk pelantikan petugas pertama bagi Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban telah dijalankan pada Disember 2013. Pada masa yang sama, kerja-kerja pengubahsuaian bagi premis Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban juga sedang giat dijalankan. Kedua-dua Pengurus dan Penolong Pengurus pertama yang dilantik telah memulakan tugas secara rasmi pada 27 Januari 2014, namun demikian disebabkan faktor kerja-kerja pengubahsuaian bangunan yang belum selesai petugas-petugas ini telah ditempatkan sementara di Pusat Internet 1Malaysia Fort Renee, Saratok.

Setelah siap proses pengubahsuaian serta pemasangan bekalan elektrik dan air, User Acceptance Testing (UAT) bagi Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban telah dijalankan oleh wakil-wakil daripada TM dan SKMM bersama MSD Digital Intelligence pada minggu terakhir Oktober 2014. Setelah mendapat kelulusan, Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban akhirnya telah memulakan operasi secara rasmi pada 1 November 2014.