mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

PROGRAM KHAS DILEA- WEBINAR MOTVASI PELAJAR EDISI KE – 2

📅 Tarikh : 3 Mei 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.30PM – 4.30PM
📍 Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Pekan Roban

Webinar Motivasi Pelajar Edisi Kedua yang dianjurkan di bawah inisiatif Program Khas NADI-Nurture DILEA telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar menengah atas berkaitan hala tuju selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memberikan bimbingan menyeluruh mengenai proses permohonan UPU Online dan pengiraan merit sebagai panduan penting dalam membuat keputusan pendidikan dan kerjaya.

Antara pengisian utama webinar ini termasuk:

  • Perkongsian hala tuju pendidikan selepas SPM melibatkan pelbagai laluan seperti IPTA, IPTS, TVET, matrikulasi, STPM dan lain-lain.
  • Penjelasan terperinci mengenai kaedah permohonan UPU Online beserta tips penting untuk meningkatkan peluang kemasukan ke institusi pilihan.
  • Sesi interaktif mengenai kaedah pengiraan merit yang digunakan dalam pemilihan pelajar oleh institusi pengajian tinggi.

Manfaat kepada pelajar:
Ramai peserta menyatakan bahawa mereka kini lebih yakin dan jelas dalam merancang masa depan pendidikan mereka. Selain itu, webinar ini turut memberi suntikan semangat serta motivasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan datang.

Ucapan penghargaan:
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, guru pengiring serta penceramah jemputan yang telah menjayakan program ini. Diharapkan segala ilmu dan input yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam membuat keputusan tepat demi masa depan yang cemerlang.

Gambar>>>>>>>