Sekitar majlis Malam Penghargaan Pertandingan Rekacipta Poster 2015 bertemakan Alam Sekitar pada 20 Januari 2016 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Dua orang pelajar iaitu James Jingga ak Igot dan Pallystair Obrian Poh telah mewakili SMK Kalaka dan Pi1M Pekan Roban dalam pertandingan ini, dan mereka telah berjaya merangkul tempat kedua untuk peringkat PI1M seluruh Malaysia. Hadiah yang dimenangi berupa wang tunai sebanyak RM2500, piala kemenangan serta 10 buah komputer untuk disumbangkan kepada sekolah yang diwakili.