mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

PERTANDINGAN MOBILE LEGEND SIRI KE-4

Pertandingan Mobile Legend Siri Ke-4 anjuran NADI Pekan Roban telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pasukan dan peserta yang telah mengambil bahagian serta menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

🎉 Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Vortex Familia I kerana berjaya muncul sebagai JOHAN Pertandingan Mobile Legend Siri Ke-4. Kejayaan ini melayakkan mereka menjadi wakil rasmi NADI Pekan Roban ke peringkat Sarawak.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan mengharumkan nama NADI Pekan Roban di peringkat yang lebih tinggi. Kepada pasukan-pasukan lain, tahniah atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Teruskan berlatih dan jangan berputus asa!

📅 Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Tempat: NADI Pekan Roban

Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta, penyokong dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Jumpa lagi di Season yang akan datang dengan aksi yang lebih sengit dan menarik! 🔥🎮

GAMBAR SEKITAR PROGRAM>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>