| 27 November 2025 (Khamis) | |
| 3.00 – 4.30 Petang | |
| NADI Pekan Roban |
Program NADI X Mahir Agri Pintar kali ini memberi fokus kepada penyediaan rancangan perniagaan yang berasaskan pertanian moden. Peserta diperkenalkan kepada langkah merancang projek agri yang sistematik seperti mengenal pasti jenis tanaman sesuai, perancangan kos baja & nutrisi, teknik penanaman pintar, serta strategi pemasaran hasil tani.
Melalui sesi ini, peserta bukan sahaja belajar menulis rancangan perniagaan yang lengkap, malah memahami bagaimana teknologi Agri Pintar — seperti penggunaan data, pengurusan hasil secara digital, dan teknik pertanian cekap — boleh meningkatkan produktiviti serta keuntungan.
Program ini diharap dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk mengembangkan potensi dalam bidang agroteknologi dan menjadi usahawan tani yang lebih berdaya saing di masa hadapan. ![]()
![]()
![]()