mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

NADI x Komuniti Madani

Latihan ICT – Pengenalan Perkakasan Asas Komputer

  • Tarikh : 04 March 2025 (Selasa)
  • Masa : 11 am -12 pm
  • Lokasi : Bilik Latihan NADI Fort Renee, Saratok

Tujuan :

  1. Pengenalan kepada kenali NADI .
  2. Pengenalan terhadap perkakasan komputer.

Aktiviti :

Taklimat & Kelas ICT

  • Sebagai sebahagian daripada program pembangunan digital komuniti, Pengurus NADI Pekan Roban, Nor Ashikin Mohd. Noh telah menyampaikan Taklimat Kenali NADI. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan fungsi NADI dalam memperkasa komuniti melalui pelbagai program pembangunan teknologi dan digital.
  • Selain itu, peserta juga mengikuti Kelas ICT yang memberi penekanan kepada asas menaip menggunakan Microsoft Word serta penggunaan Aplikasi Turtle Diary. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas dalam penggunaan komputer, khususnya bagi ahli Komuniti MADANI, agar mereka lebih celik teknologi dan mampu memanfaatkan kemahiran ini dalam kehidupan seharian.

    Galeri Gambar