Tarikh | 15 March 2025 |
Masa | 9.00 pagi – 3.00 petang |
Tempat | NADI Pekan Roban |
NADI x E-SUKAN kembali dengan musim ke-2 pertandingan Mobile Legends. Acara ini dianjurkan untuk mengumpulkan para pemain terbaik dalam komuniti e-sukan bagi bertanding dalam pertempuran epik dan merebut gelaran juara.
Tujuan Pertandingan:
- Memperkasakan komuniti e-sukan di peringkat tempatan dan kebangsaan.
- Meningkatkan minat dan pembangunan bakat dalam e-sukan.
- Menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan sihat.
- Memberi peluang kepada pemain tempatan untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Antara pasukan yang berentap untuk kali ini adalah Team Pamoga , Super Scarlet, Void vipers ,TR7 ,Lasak Todak dan Ace Winter.
JUARA saringan pertandingan E-Sport Mobile Legend siri ke 2 adalah Team Pamoga , dan secara langsungnya akan mewakili NADI Pekan Roban ke pertandingan E-sport Mobile Legend peringkat Negeri Sarawak.
Tahniah dan terima kasih NADI Pekan Roban ucapkan bagi peserta dan semua yang banyak membantu menjayakan pertandingan ini.