🗓️Tarikh | 8 March 2025 |
⏰ Masa | 10 Pagi – 11.30 Pagi |
📍Tempat | Bilik Latihan NADI Pekan Roban |
Tujuan Program :
- Meningkatkan Kesedaran Siber – Memberi pendedahan kepada pemain ESPORT mengenai ancaman siber seperti penggodaman akaun, pancingan data (phishing) dan serangan siber lain.
- Melindungi Akaun dan Data Peribadi – Mengajar peserta cara terbaik untuk melindungi akaun permainan mereka daripada serangan pihak tidak bertanggungjawab.
- Membantu Komuniti eSport Lebih Selamat – Mewujudkan ekosistem ESPORT yang lebih selamat dengan meningkatkan kesedaran mengenai amalan keselamatan digital dalam kalangan pemain.
- Menggalakkan Penggunaan Teknologi Secara Bertanggungjawab – Mendidik peserta mengenai langkah-langkah proaktif dalam mengurus identiti digital dan keselamatan akaun.
Program ini membantu peserta melindungi akaun mereka daripada digodam atau disalahgunakan dengan mempelajari teknik keselamatan yang berkesan. Selain itu, peserta akan memahami taktik penipuan siber seperti phishing dan malware yang sering berlaku dalam dunia ESPORT. Mereka juga akan didedahkan kepada kepentingan menjaga reputasi digital, kerana tingkah laku dalam talian boleh memberi kesan kepada peluang kerjaya dalam industri ini. Di samping itu, peserta akan mengenali dasar keselamatan yang digunakan oleh platform permainan serta langkah pencegahan yang boleh diambil. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai keselamatan siber, mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan dalam komuniti ESPORT, sekaligus menjadi pemain yang lebih profesional dan bertanggungjawab dalam masa ini dan pada masa akan datang kelak.