Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kabong 2016 telah berlangsung pada 16-18 September 2016 bertempat di Town Square, Kabong. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh sambutan tersebut berlangsung selama 3 hari, dan kemuncak sambutan pada hari terakhir dimeriahkan dengan aktiviti senaman poco-poco bersama pengunjung, pertandingan fesyen bertemakan pelbagai kaum di Malaysia serta pertandingan tarik tali. Booth jualan turut dibuka oleh para peniaga dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Laporan Aktiviti
27 September 2016