Sekitar program Literasi ICT yang telah berlangsung pada 26 Februari 2017. Terdapat empat komponen aktiviti yang telah dijalankan untuk program kali ini, antaranya adalah Klik Dengan Bijak, Mobile E-waste, Dashboard Komuniti dan Script-To-Screen. Seramai 37 orang peserta telah menyertai program ini, dan mereka telah didedahkan tentang kepentingan penggunaan internet secara berhemah, kesedaran tentang pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pelupusan sisa elektronik dengan cara yang salah, penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti dan kelebihan menggunakannya serta mempelajari asas-asas penghasilan video berdurasi pendek melalui suatu proses industri produksi.
Laporan Aktiviti
4 March 2017