mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

LIFELONG LEARNING:NADI x CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DALAM ESPORTS

Tujuan Program :

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber dalam dunia esports dan cara melindungi diri. Antara ancaman utama yang diberitahu adalah:

  1. DDoS (Distributed Denial of Service) – Serangan yang melumpuhkan server atau sambungan internet pemain, menyebabkan lag dan gangguan dalam perlawanan.
  2. Phishing – Cubaan menipu pemain untuk memberikan maklumat akaun melalui laman web palsu atau e-mel yang kelihatan rasmi.
  3. Spear Phishing – Serangan yang lebih khusus, menyasarkan individu tertentu seperti pemain profesional atau organisasi eSports dengan mesej yang kelihatan sangat meyakinkan.
  4. Baiting – Penggunaan umpan seperti hadiah percuma, skin, atau hack palsu untuk memperdaya pemain agar memuat turun perisian berbahaya.
  5. Pretexting – Manipulasi sosial di mana penyerang menyamar sebagai seseorang, seperti rakan sepasukan untuk mencuri maklumat individu.

Antara Langkah Perlindungan :
1. Menggunakan 2FA (Two-Factor Authentication) untuk keselamatan akaun.
2. Jangan klik pautan atau muat turun fail dari sumber tidak dipercayai.
3. Guna kata laluan kuat & jangan berkongsi dengan sesiapa.
4. Pastikan sambungan internet selamat untuk mengelakkan serangan DDoS.
5. Sentiasa berhati-hati dengan mesej mencurigakan, walaupun daripada orang dikenali.

Dunia esports bukan sekadar skil, tapi juga keselamatan digital.

Galeri>>>>>