KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Semasa | 25 June 2026

Kursus Pengendalian Makanan telah berjaya dilaksanakan di NADI Pekan Roban dengan penyertaan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

📅 Tarikh: 24 Jun 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 Pagi
📍 Tempat: NADI Pekan Roban

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai amalan pengendalian makanan yang selamat, kebersihan diri, serta pematuhan terhadap standard keselamatan makanan bagi mengurangkan risiko pencemaran dan keracunan makanan.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan bidang pekerjaan masing-masing.

#NADIPekanRoban#NADIMadani#KursusPengendalianMakanan#KomunitiDigital#MalaysiaMADANI#PembelajaranSepanjangHayat