mcmc
Laporan Aktiviti

Festival Layang-Layang 2016/2017 Kabong

Festival Layang-Layang 2016/2017 yang julung-julung kali diadakan telah berlangsung di Kabong pada 1 Januari 2017 yang lalu sempena sambutan tahun baru. Bersempena acara ini, Pi1M Kluster Saratok tidak melepaskan peluang untuk turut serta dengan mengadakan Pertandingan Senam Tari Poco-Poco (di bawah Dashboard Komuniti MyKomuniti) pada 31 Disember 2016 bagi memeriahkan lagi acara berkenaan. Penganjuran aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada komuniti tempatan dan luar daerah Kabong, dan dianggarkan sekitar 6000 pengunjung telah hadir ke acara tersebut. Sebanyak 11 penyertaan telah diterima bagi Pertandingan Senam Tari Poco-Poco anjuran Pi1M Kluster Saratok, dan ganjaran berupa wang tunai, saguhati serta sijil penyertaan telah dihadiahkan kepada para peserta.