1. KELAS MICROSOFT WORD 2010, MICROSOFT EXCEL 2010 & TAYANGAN KDB
|
Tarikh : 12 April 2019 Masa : 2.00 petang – 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah Rendah (5 orang) |
Tujuan
Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para peserta dalam mendalami ilmu menggunakan Microsoft Word 2010 & Microsoft Excel 2010. Selain itu, galakan kepada komuniti tentang penggunaan internet secara berhemah dengan mengamalkan konsep Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Excel secara meluas kepada para pelajar sekolah. Selain itu, peserta didedahkan dengan tayangan KDB bagi memberi penyedaran tentang kepentingan KDB kepada komuniti.
2. KURSUS ICT : MICROSOFT OFFICE 2010
|
Tarikh : 20 April 2019 Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Belia (3 orang) |
Tujuan
Para belia yang menyertai Kursus ICT diberi pendedahan dan tunjuk ajar mendalami ilmu menggunakan Microsoft Ofiice 2010.
Aktiviti
Kursus ICT ini melibatkan aktiviti sesi pembelajaran dalam penggunaan Microsoft Office 2010 secara mendalam. Sesi pembelajaran tersebut termasuk menggunakan Microsoft Word 2010, Microsoft Power Point 2010 dan Microsoft Excel 2010 dengan cara yang betul dan mudah. Para belia yang terlibat juga diberikan latihan yang melibatkan penggunaan Microsoft Office 2010 bagi memantapkan lagi kefahaman mereka menghadiri kursus ini.
3. KELAS MICROSOFT WORD 2010 (SURAT RASMI) & TAYANGAN KDB
|
Tarikh : 22 April 2019 Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah (8 orang) |
Tujuan
Para peserta diberi tunjuk ajar dalam menggunakan Microsoft Word 2010 terutamanya membuat surat rasmi. Selain itu, mereka juga diberikan galakantentang penggunaan internet secara berhemah melalui tayangan KDB.
Aktiviti
Penggunaan Microsoft Word 2010 secara meluas amat diperlukan sekarang. Jadi, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara menggunakan Microsoft Word 2010 dengan betul dan mudah terutamanya dalam membuat surat rasmi. Selain itu, video berkaitan KDB juga ditayangkan kepada para peserta bagi menggalakkan mereka mengamalkan konsep penggunaan internet dengan bijak.