mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

NADI X KOMUNTI MADANI

Komuniti Madani Tapang Ujan Ili : Pengenalan Perkhidmatan Pintar & Asas ICT di NADI.

Sesi Pengenalan Perkhidmatan Pintar & Asas ICT, peserta telah diberi pendedahan kepada teknologi asas seperti penggunaan peranti digital, internet, komputer dan aplikasi kerajaan, serta cara mengakses maklumat dengan selamat dan beretika. Pendedahan ini amat penting khususnya bagi warga emas dan komuniti luar bandar agar mereka tidak ketinggalan dalam era digital.

🤝 Manfaat program ini kepada komuniti:

  • Menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT asas.
  • Bantu komuniti lebih bersedia dalam dunia digital.
  • Kesedaran awal tentang penjagaan kesihatan kendiri
  • Eratkan kerjasama antara komuniti NADI & Japen Saratok

🙏 Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini termasuk pihak Japen Saratok, sukarelawan dan penduduk Tapang Ujan ILi yang hadir dengan semangat untuk belajar dan berubah bersama!

✨ Semoga inisiatif seperti ini terus diperluas agar komuniti luar bandar dapat turut serta dalam arus pemodenan digital dan kekal sihat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.