🗓️Tarikh | 15 March 2025 |
⏰ Masa | 2.00 – 3.30 Petang |
📍Tempat | NADI Pekan Roban |
Tujuan Program :
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber dalam dunia esports dan cara melindungi diri. Antara ancaman utama yang diberitahu adalah:
- DDoS (Distributed Denial of Service) – Serangan yang melumpuhkan server atau sambungan internet pemain, menyebabkan lag dan gangguan dalam perlawanan.
- Phishing – Cubaan menipu pemain untuk memberikan maklumat akaun melalui laman web palsu atau e-mel yang kelihatan rasmi.
- Spear Phishing – Serangan yang lebih khusus, menyasarkan individu tertentu seperti pemain profesional atau organisasi eSports dengan mesej yang kelihatan sangat meyakinkan.
- Baiting – Penggunaan umpan seperti hadiah percuma, skin, atau hack palsu untuk memperdaya pemain agar memuat turun perisian berbahaya.
- Pretexting – Manipulasi sosial di mana penyerang menyamar sebagai seseorang, seperti rakan sepasukan untuk mencuri maklumat individu.
Antara Langkah Perlindungan :
1. Menggunakan 2FA (Two-Factor Authentication) untuk keselamatan akaun.
2. Jangan klik pautan atau muat turun fail dari sumber tidak dipercayai.
3. Guna kata laluan kuat & jangan berkongsi dengan sesiapa.
4. Pastikan sambungan internet selamat untuk mengelakkan serangan DDoS.
5. Sentiasa berhati-hati dengan mesej mencurigakan, walaupun daripada orang dikenali.
Dunia esports bukan sekadar skil, tapi juga keselamatan digital.